Apakah yang terkandung di dalam air paip?

Air paip boleh mengandungi pelbagai bahan-bahan yang tercemar dari beberapa sumber. Sebahagian daripada bahan tercemar ini mempunyai kesan buruk ke atas rupa, bau dan rasa air minuman itu yang berbahaya kepada kesihatan kita.
Memasak air dari paip tidaklah membersihkan air itu dan tidak juga memberi kesihatan yang baik pada kita. Ia hanya untuk membunuh bakteria yang terkandung di dalam air paip itu sahaja. Tetapi, bahan-bahan pencemar yang lain seperti kotoran, bahan kimia, karat, plumbum dan lain-lain masih ada bersama-sama dengan bakteria yang telah mati.
Pencemaran alam semula jadi dari hakisan tanah dan hujan boleh mencemarkan air paip kita. Selain itu, habuk, asap dan racun dari kemudahan industri, racun daripada pertanian, dan juga sisa haiwan boleh mencemarkan air minuman kita. Contoh bahan pencemar yang mungkin berada di dalam air paip adalah,
AQUATECOCT-796x1024
Racun serangga dan Racun Tumbuhan
Pencemaran daripada kilang-kilang dan penggunaan daripada pertanian yang mampu memasuki bekalan air bawah tanah kita dengan mudah.
Baja dan Nitrat
Ianya daripada baja tanaman dan juga sisa-sisa haiwan. Nitrat ini amat berbahaya  terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia tiga bulan.

Bahan yang ditambah oleh pihak berkuasa air untuk merawat bekalan air kita adalah,
Klorin
Klorin digunakan sebagai pembasmi kuman untuk menghapuskan bakteria dan mikro-organisma berbahaya yang lain.
Fluorida
Bahan kimia yang ditambah untuk melindungi daripada kerosakan gigi.
Aluminium
Aluminium ini ditambah untuk membuat air kelihatan lebih jelas.

Bahan Pencemar Dari Paip,
Air bergerak dari loji rawatan air ke rumah kita melalui rangkaian paip, termasuk di rumah kita sendiri. Sebahagian daripada paip ini mungkin telah digunakan selama lebih 50tahun. Jadi paip ini boleh mengandungi pelbagai bahan tercemar yang boleh memasuki bekalan air kita. Antaranya ialah,
Kotoran, karat, pasir, lumpur, lumut, dan juga lendir-lendir
Bahan tercemar ini membina selama beberapa tahun dan boleh menyebabkan air yang kotor atau lebih teruk lagi. Ia akan menjadi lebih ketara apabila paip air pecah atau digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan.
Tembaga dan Plumbum
Akibat daripada paip air yang lama berkarat, paip ini terhakis dan berlaku pencemaran air yang memasuki ke dalam rumah kita. Pencemaran ini telah dikenal pasti sebagai amat berbahaya kepada kesihatan.
Parasit Tahan Klorin
Terdapat beberapa protozoa yang tidak mampu dibunuh oleh klorin. Ianya adalah Giardia dan Cryptosporidium yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan di perut jika berada di dalam badan kita.

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post