Air Botol VS Air Paip

tap-bottled-water
Mana satu yang anda minum? Kebanyakan orang minum kedua-duanya.  Ketika keluar berjalan-jalan atau pergi ke tempat kerja, mereka lebih suka membeli air botol. Apabila berada di rumah, kebanyakannya menggunakan air paip untuk mendapatkan segelas air yang bersih. Walau bagaimanapun, tidak satu pilihan ini mungkin menjadi penyelesaian yang baik, bergantung kepada jika anda menggunakan sistem penulenan air atau tidak. Tetapi jika anda percaya bahawa air botol lebih sihat untuk anda, anda mungkin tersalah kerana air botol juga boleh tercemar.
Adakah anda tahu kandungan di dalam air botol? Tiada siapa yang harus percaya bahawa air botol dikawal dengan baik atau lebih baik untuk diminum daripada air paip. Sudah tentu ia bergantung kepada jenis air yang anda membeli dan kualiti air minuman itu.
Sesetengah orang minum air botol yang dilabelkan sebagai “Spring Water” dan menganggap air itu datangnya daripada sumber yang asli. Kebanyakan syarikat membuat air botol hanya dengan menggunakan air paip dan ada diantaranya menggunakan air Reverse Osmosis (R.O).
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa perlu membeli air botol sedangkan ia bukanlah air yang baik untuk kesihatan dan harganya juga lebih mahal berbanding air paip. Hakikatnya, air paip juga bukanlah pilihan yang baik untuk anda. Air ini dirawat dan mungkin mempunyai bahan-bahan kimia dari kilang pembuatan, toksin daripada ubat-ubatan yang dibuang, pencemaran sisa-sisa air, dan bahan-bahan kimia yang ditambah kepadanya seperti klorin yang boleh menghasilkan toksinnya sendiri.
Kesimpulannya, kedua-dua jenis air ini bukanlah pilihan yang baik. Malah ia lebih memudaratkan kesihatan. Jadi cara yang terbaik adalah mencari satu sistem yang dapat menukarkan air kepada air alkali yang bersih dan dapat menghasilkan air yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post